Ahad, 21 Julai 2013

hospital di korea

di baris-baris
kawasan perniagaan
kadang terselit hospital

di sekitarnya boleh lihat
pesakit bersiar-siar
mungkin membeli-belah
memakai baju hospital

yang patah tangan
yang bertongkat
yang berkerusi roda

melepak berborak-borak
di tepi jalan.

10 ulasan:

  1. Mantap la, jadi orang korea dah ;)

    BalasPadam
  2. Waaaa, syok eh kalau mcm tu... Tidak lah stress sgt dukmasyik tgk nurse doktor.nurse doktor...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah.masuk wad tapi boleh pula keluar berjalan-jalan.siap balik rumah kejap pun ada.haha.

      Padam
  3. kalau kat sini rasanya doctor wat report pesakit hilang kut.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tadi terserempak sorang pesakit nak masuk kedai sambil peluk tiang masuk air.

      Padam
  4. yg heret botol air cucuk kat tangan gi mart beli rokok pun ada. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. itulah, ada nampak 2-3 pesakit tangan patah borak-borak sambil hisap rokok kat tepi jalan.

      Padam