Selasa, 11 Disember 2012

Pintu

seorang anak kecil yang comel
bertudung hitam sedikit labuh
mungkin tudung ibunya

sebelah tangan memegang sekaya
sebelah lagi memeluk roti gardenia

menahan pintu kaca dengan badannya
untuk aku keluar
kemudian menutup semula pintu berat itu
dengan cermat

semoga kamu membesar
menjadi orang yang berjaya.

4 ulasan: